Sunday 29 June 2014

Lisan


Teknik SEE:


                Gambar ini menunjukkan sebuah situasi di sebuah sungai. di dalam gambar ini, terdapat sekumpulan remaja yang sedang berakit. Mereka memakai topi keledar, jaket keselamatan dan gogal. Untuk menjalankan aktiviti ini, mereka perlu menggunakan dayung untuk menggerakkan bot rakit supaya ia dapat bergerak di dalam arus yang deras. Bot rakit yang mereka naiki boleh mengandungi 7 orang.

Teknik THINK:

               Saya rasa, sukan lasak ini agak bahaya kerana laluan yang harus dilalui oleh bot rakit itu dipenuhi dengan batu bata dan airnya juga mempunyai arus yang deras. saya juga rasa itulah sebabnya mereka harus memakai topi keledar, supaya melindungi kepala daripada kecederaan dan jaket keselamatan itu  ialah untuk membuat si pemakai supaya dia boleh melampung di atas air.
                 

Thursday 29 May 2014

Menyertai Aktiviti Dianjurkan Sekolah


                                                    Perkhemahan Menengah Dua


Pada bulan Mac yang lalu, murid-murid menengah dua telah melalui sebuah perkhemahan bersama Camp Challenge yang terletak di Sembawang untuk selama tiga hari dua malam. Beberapa minggu sebelum perkhemahan itu, kami diberi sebuah senarai untuk barang-barang dan alat-alat yang diperlukan supaya mereka mempunyai cukup masa untuk bersedia dengan tiada masalah.

Semakin hari semakin tidak sabar murid-murid untuk perkhemahan itu. Apabila hari yang dinantikan sudah tiba, ramai diantara murid-murid boleh dilihat membawa segala jenis beg seperti mereka pergi melancong ke luar negara, terutama sekali mereka yang membawa bagasi. Kami diarahkan untuk pergi ke bilik darjah bersama kelas masing-masing selepas berhimpun di gelanggang sekolah untuk upacara menaikkan bendera. Semasa menunggu guru kelas saya, keadaan menjadi huru-hara kerana tiada sesiapapun yang mengambil inisiatif untuk menenangkan keadaan. Selepas guru sudah tiba, kami pun harus menaiki bas yang akan membawa kami ke tapak perkhemahan. Di dalam bas, kawan-kawan saya mendengar lagu-lagu melalui alat "earpiece", bernyanyi dengan kuat, mengambil gambar, dan berbual-bual sementara dalam perjalanan yang mengambil masa hampir-hampir sejam.

Setibanya kami di tapak perkhemahan, kami dikehendaki untuk berhimpun di sebuah dewan yang berhawa dingin, selepas dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing yang mempunyai murid-murid dari kelas-kelas yang lain. Para pelatih mengenalkan diri mereka kepada kami dan selepas itu kumpulan-kumpulan telah pergi ke lokasi aktiviti masing-masing. Apabila hari sudah petang, kami diarahkan untuk mendirikan khemah untuk tempat tidur kami selama dua malam itu. Sementara si murid lelaki tidur di khemah, murid perempuan pula tidu di tempat perhimpunan. Kami sepatutnya bangun tidur pada pukul 7 pagi tetapi, yang membuat saya terkejut ialah ramai murid lelaki sudahpun berlari-lari pada pukul 3 lebih pagi.

Apa yang kami menantikan pada hari kedua ialah pada malam itu kami ada acara unggun api. Itulah acara yang penting kerana kami telah berlatih gerak tari dan sorakan kami untuk menjadi kumpulan yang terbaik untuk acara itu. Seperti yang dijangka, lagu-lagu baru yang terkenal telah dimainkan, membuat keadaan sekeliling lagi meriah apabila murid-murid mengikut menyanyi lagu-lagu itu. Acara unggun api diakhiri dengan ucapan oleh pengetua sekolah, Mr Kwok dan ia membuat kami sedih untuk meninggalkan perkhemahan itu.

Pada hari ketiga pula, kami harus mengemas barang-barang kami dan membuang sampah-sampah yang ada di daerah-daerah yang diberikan kepada setiap kumpulan. Sebelum kami berpisah, murid-murid telah mengambil gambar bersama pelatih-pelatih sebagai kenangan untuk perkhemahan itu..

MH370

Refleksi MH370.


Berita tentang kehilangan pesawat Malaysia MH370 itu telah menyedihkan saya. Pada mulanya, ia agak pelik apabila saya terdengar berita tentang kehilangan itu pada pagi 8 Mac 2014. Saya bingung dan saya juga tertanya-tanya tentang bagaimanakah pesawat itu boleh lari daripada lokasi tujuannya. Saya berasa kasihan apabila melihat wajah-wajah keluarga mangsa kejadian itu. Sehingga sekarang, tiada yang tahu jika betulkah pesawat itu telah menjunam ke dalam air dan penumpangnya semua mati, atau pesawat itu masih ada tetapi lokasinya tidak dapat dicari.

Apa yang buat saya marah ialah apabila saya membaca komen-komen yang negatif terhadap berita tentang kehilangan pesawat itu kerana ramai orang tidak mempunyai sifat perikemanusiaan. Mereka cuma sekadar tuduh-menuduh Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai punca kemalangan ini. Padahal, kapten pesawat MH370 itu merupakan seorang juruterbang yang berpengalaman. Ada orang kata, dia mempunyai kebolehan untuk mendarat di lintasan yang amat kecil.

Kita harus bersabar dan bertenang sebelum membuat keputusan yang terburu-buru, dalam keadaan sebegini. Jika kita tidak buat sedemikian, pelbagai benda boleh terjadi gara-gara sebab satu perbuatan kecil yang boleh memulakan peperangan dan perghaduhan yang tidak perlu. Pada mereka yang masih tidak puas dan masih mahu membuat tidakan-tindakan yang tidak tertentu, saya nasihatkan supaya anda bersabar banyak-banyak dan redha dengan apa yang telah berlaku.

Monday 21 January 2013

Pengalaman Menyertai Perkhemahan

Pada 3 Januari 2013, sebuah perkhemahan orientasi telah diadakan di sekolah kami bagi semua murid-murid menengah satu. Selepas berhimpun di dalam kelas, kami dibawa ke Taman Bishan untuk bersiar-siar. Selepas itu, kami kembali ke sekolah untuk memulakan aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah.